SOP SEKOLAH BERMULA 1 MEI 2022

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Pengurusan Pandemik)

Dr. Mohd Radzi Md Jidin, Menteri Kanan Pendidikan memaklumkan, Pelajar Tingkatan Satu dan Empat yang telah diterima masuk ke sekolah khusus dibenarkan mendaftar secara fizikal bermula 13 hingga 16 Mei 2022.

Dalam satu sidang media khas pada 28 Mei 2022, Menteri Kanan Pendidikan itu berkata, pengecualian hanya diberikan kepada mereka yang mempunyai sebab tertentu, termasuk individu yang didapati positif COVID-19.

Beliau berkata, memandangkan negara masih bergerak ke arah fasa endemik, kementerian mengambil maklum akan ada kes positif berlaku di sekolah, dan beberapa ketetapan untuk pengurusan kehadiran telah dimuktamadkan.

Selain itu, beliau berkata, aktiviti sukan yang melibatkan pertandingan antara sekolah, di peringkat daerah mahupun negeri juga dibenarkan seperti biasa, dengan syarat tiada individu positif yang menyertai aktiviti berkenaan.

Mengenai pemakaian baju seragam serta tatahias diri seperti rambut dan sebagainya, beliau berkata, kelonggaran akan terus diberikan sehingga sesi penggal persekolahan kedua yang bermula 12 Jun ini.

 

Sumber berita:

Astro Awani

Jabatan Penerangan / Bernama

 

Artikel/Berita Terkini

BINA BENTENG ATASI BANJIR BERULANG DI KAMPUNG BELIMBING DALAM

Durian Tunggal – Masalah banjir kerap melanda Kampung Belimbing Dalam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut