KPDNHEP PULAU PINANG: 355 KESALAHAN TELAH DIAMBIL TINDAKAN SEJAK JANUARI 2022

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-undang)

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Pulau Pinang telah mengambil tindakan terhadap 355 kes kesalahan di bawah pelbagai akta sejak Januari tahun ini.

Pengarah KPDNHEP Pulau Pinang Mohd Ridzuan Ab Ghapar berkata sebanyak 18,971 premis diperiksa sejak Januari dan hasilnya 355 kes dikenakan tindakan dengan jumlah nilai rampasan RM263,038.25 dan nilai kompaun RM88,100.00.

Beliau turut memaklumkan, KPDNHEP sentiasa membuat pemantauan mengikut keadaan dan situasi, supaya semua peniaga mematuhi peraturan-peraturan yang sedia ada khususnya ketika musim perayaan.

Katanya, pegawai penguat kuasa KPDNHEP sentiasa menjalankan pemantauan dan pemeriksaan di lokasi yang menjadi tumpuan orang ramai membeli-belah seperti pasar raya, pasar awam, dan pasar tani.

 

Sumber:

Harian Metro

Laman Facebook KPDNHEP Pulau Pinang

Artikel/Berita Terkini

‘SAYA CINA TAPI NAMA MELAYU NUR FARHANA, NAMA INDIA PULA TAMANA’

Walaupun dilahirkan sebagai seorang berbangsa Cina, namun Exco Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian Negeri Sembilan, Nicole Tan Lee Koon, mempunyai nama …
Maklumat Lanjut

INISIATIF 1 RUMAH 1 JALUR GEMILANG

 Ayuh kibarkan Jalur Gemilang di rumah anda! Satu bendera, sejuta makna — simbol cinta & bangga pada tanah air tercinta  …
Maklumat Lanjut

KERAJAAN UTAMA KEPENTINGAN PERLUAS CAPAIAN DIGITAL

CENDERAMATA: Hajiji menerima cenderamata daripada Gobind semasa kunjungan hormat di pejabatnya di Menara Kinabalu hari ini. KOTA KINABALU: Kerajaan negeri …
Maklumat Lanjut