KEMPEN KLIK DENGAN BIJAK: TIPS MENILAI MAKLUMAT

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 3: KESEPADUAN NASIONAL (Pengukuhan Minda Komuniti Siber)

Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) telah berkongsi tips bagaimana untuk menilai sesuatu maklumat menerusi kempen Klik Dengan Bijak seperti dibawah:

Sumber​

Adakah sumber itu boleh dipercayai? Siapakah pengarangnya? Apakah latar belakang dan kelayakan pengarang tersebut? Adakah sumber tersebut telah dikemas kini baru-baru ini?​

 

Faham ​

Fahamkan dan pastikan kejelasannya- Apakah topik yang dibincangkan? Cari fakta, bukan pendapat atau pengalaman semata-mata. Adakah ianya secara mendalam atau ringkas? Kenapa pengarang memulakan topik tersebut? Apa yang mahu dicapai melalui bahan tersebut?​

 

Selidik ​

Buat carian lebih mendalam- Periksa dan bandingkan dengan sekurang-kurangnya 2 sumber berlainan. ​

 

Menilai​

Cari keseimbangan. Gunakan pertimbangan yang saksama. Lihat dari sudut berbeza. ​

Kempen KDB Positif ‘n Produktif menekankan kesedaran dan panduan tentang amalan baik penggunaan Internet yang positif dan beretika serta memupuk amalan produktif dalam kalangan pengguna. ​

 

Kempen ini menggunapakai pendekatan yang memfokus kepada empati, mencetus tajuk perbualan, dan keceriaan.​

 

Sumber:

Klik Dengan Bijak

 

Artikel/Berita Terkini

‘SAYA CINA TAPI NAMA MELAYU NUR FARHANA, NAMA INDIA PULA TAMANA’

Walaupun dilahirkan sebagai seorang berbangsa Cina, namun Exco Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian Negeri Sembilan, Nicole Tan Lee Koon, mempunyai nama …
Maklumat Lanjut

INISIATIF 1 RUMAH 1 JALUR GEMILANG

 Ayuh kibarkan Jalur Gemilang di rumah anda! Satu bendera, sejuta makna — simbol cinta & bangga pada tanah air tercinta  …
Maklumat Lanjut

KERAJAAN UTAMA KEPENTINGAN PERLUAS CAPAIAN DIGITAL

CENDERAMATA: Hajiji menerima cenderamata daripada Gobind semasa kunjungan hormat di pejabatnya di Menara Kinabalu hari ini. KOTA KINABALU: Kerajaan negeri …
Maklumat Lanjut