KDYMM SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG MENCEMAR DULI MELAWAT MANGSA KEBAKARAN RUMAH DI KUANTAN

KUANTAN, 29 April 2022 – KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong semalam, berkenan mencemar duli melawat empat mangsa kebakaran rumah yang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan, Pahang.

Keberangkatan tiba Al-Sultan Abdullah ke lobi utama HTAA pada 3.15 petang diiringi Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan anakanda baginda iaitu Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah dan Tengku Panglima Raja Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah.

Turut berada di HTAA ialah Pengarah Bomba dan Penyelamat Pahang Datuk Dr Wan Mohammad Zaidi Wan Isa, Pengarah Kesihatan Pahang Datuk Dr Nor Azimi Yunus dan Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu.

Seri Paduka Baginda Berdua seterusnya meluangkan masa hampir 35 minit melawat mangsa di ICU selain turut berkenan mendengar taklimat ringkas Wan Mohammad Zaidi mengenai kebakaran tersebut sebelum berangkat pulang pada 3.55 petang.

Kebakaran yang melibatkan dua rumah teres jenis semi-D setingkat di Jalan Permatang Badak Perdana 2 di sini, pada 3.15 pagi itu turut mengorbankan seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun.

Sumber: Laman FB Istana Negara

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut