?? ??????? ?? ??????? ???? ???? ?????????? ???? ????????? ????????? ??????

BENTONG, 29 April 2022 – Ketua Polis Pahang, CP Dato’ Ramli bin Mohamed Yoosuf telah merasmikan pelancaran Kempen Op Selamat 18 sempena Hari Raya Aidilfitri 2022 anjuran Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kontinjen Pahang dengan kerjasama PERKESO Negeri Pahang di Plaza Tol Bentong yang akan dilaksanakan pada 29 April 2022 hingga 8 Mei 2022.

Dengan tema β€œ????? ???????, ??????? ?????? ?? ?????????”, pegawai dan anggota PDRM Kontinjen Pahang telah ditugaskan untuk menjalankan tugas Op Selamat 18 sempena Hari Raya Aidilfitri 2022. Operasi ini memfokuskan kepada usaha mencegah jenayah pecah rumah serta memberi kesedaran keselamatan jalan raya dan meminimumkan kemalangan jalan raya ketika musim perayaan ini.

Dalam menjayakan operasi ini, PDRM akan turut berkolaborasi dengan lain-lain agensi melalui β€œEmergency Response Team”(ERT) yang terdiri dari pelbagai agensi seperti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Bomba Dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam Negeri Pahang, St. John Ambulance, ANIH serta Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).

CP Dato’ Ramli bin Mohamed Yoosuf, Ketua Polis Pahang yang diiringi DCP Dato’ Mohd Yusri bin Hj. Hassan Basri, Timbalan Ketua Polis Pahang bersama Encik Tarmizi bin Mukhtar Pengarah PERKESO Negeri Pahang, Tuan Haji Imran Gulcharan Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif MTD/ANIH, dan Tuan Kamarul Islandar bin Nordin, Pengarah JPJ Negeri Pahang telah meluangkan masa beramah mesra dan penyerahan goodies bag kepada pengguna jalan raya di samping menyampaikan juadah berbuka puasa kepada anggota polis yang bertugas di lokasi berkenaan.

Hadir sama, SAC Noor Hisam bin Noordin, Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti Pahang, SAC Mohd Yusri bin Othman, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, SAC Mohammad Shahrul bin Md Osman, Ketua Cawangan Khas Pahang, Supt Kamarulzaman bin Haji Jusoh, Ketua Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Pahang, Supt Zaiham bin Mohd Kahar, Ketua Polis Daerah Bentong, Ketua-ketua Jabatan, Ketua-ketua Polis Daerah, Pegawai Kanan Polis, Pegawai Eksekutif PERKESO, Pegawai Eksekutif ANIH Berhad, pegawai-pegawai Jabatan Bomba Dan Penyelamat Negeri Pahang serta rakan-rakan media.

Sumber: Laman FB Polis Pahang

Artikel/Berita Terkini

600 ANJING TERBIAR DITANGKAP SETAKAT MEI – MBS

Sebanyak 600 ekor anjing terbiar telah berjaya ditangkap oleh kontraktor yang dilantik Majlis Bandaraya Seremban (MBS) dalam tempoh lima bulan …
Maklumat Lanjut

PROGRAM SEKOLAH ANGKAT MADANI

Β Inisiatif ini menghimpunkan tenaga Kerajaan MADANI, Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan, Syarikat Berkaitan Kerajaan dan sektor swasta. Β Setiap organisasi yang mengambil …
Maklumat Lanjut

BELI RUMAH MAMPU MILIK BANTU ASNAF DI BAWAH RUMAH MAWADDAH

Kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) merancang pembelian rumah mampu milik untuk bantuan perumahan asnaf di bawah …
Maklumat Lanjut