PROGRAM JELAJAH DAKWAH AKHIR ZAMAN SIRI 4 DAERAH KUALA PILAH

   

Kuala Pilah, 27 April 2022 – Bertempat di Dewan Serbaguna IPD Kuala Pilah telah berlangsung Program Jelajah Dakwah Akhir Zaman Siri 4 Daerah Kuala Pilah anjuran Bahagian Integriti dan Pematuhan Standard IPD Kuala Pilah dengan kerjasama dari Majlis Agama Islam Negeri Sembilan, pagi tadi.

Turut hadir, SUPT Amran Bin Hj. Mohd Gani, Ketua Polis Daerah Kuala Pilah bersama YBHG Puan A’Pizah Binti Othman, Pengerusi PERKEP IPD Kuala Pilah disambut baik oleh Ustaz Zamri Bin Ahmad Suhaimi, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kutipan Zakat dan Ustaz Mohd Azreen Bin Abu Bakar, Pegawai MAINS Daerah Kuala Pilah serta seramai 60 orang termasuk Ketua- Ketua Bahagian, Pegawai Kanan, Pegawai Rendah Polis, Pegawai Awam, Biro AJK PERKEP IPD Kuala Pilah dan Pelajar Tahfiz Melang hadir bagi memeriahkan lagi program tersebut.

Pengisian program adalah forum yang terdiri daripada Ustaz Syammil Izuddin Bin Mohamed Yusoff, Pegawai Dakwah Daerah Kuala Pilah (Moderator) bersama Ustaz Maulana Abdullah Amir, Ahli Jawatankuasa Majlis Fatwa Negeri Sembilan (Panel 1) dengan Ustaz Rozie Rejab, Penceramah Bebas (Panel 2).

Program bertujuan untuk memberi pengetahuan kepada masyarakat tentang kelebihan beramal di bulan Ramadhan. Selain itu, untuk memberi kesedaran dan semangat kepada masyarakat untuk istiqamah beramal sepanjang bulan Ramadhan ikhlas kerana Allah S.W.T

   

Sumber : FB IPD Kuala Pilah

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut