PROGRAM JALINAN UKHWAH RAPATKAN HUBUNGAN RAKAN STRATEGIK

AYER KEROH, 27 April – Bersempena dengan Bulan Ramadan 1443H, pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Melaka mengambil inisiatif dengan mengadakan Program Jalinan Ukhwah bersama Rakan Strategik Negeri Melaka. Program tersebut diadakan bertujuan untuk memberi ruang dan peluang kepada rakan-rakan strategik berkongsi mengenai tugas dan peranan agensi di samping untuk mengeratkan hubungan dan meluaskan jaringan media sosial antara jabatan dan agensi.

Program tersebut dimulakan dengan Tazkirah Ramadan yang disampaikan oleh Ustaz Hairul Amin bin Haji Madon, Pegawai Khas kepada YAB Ketua Menteri Melaka, Solat Maghrib secara berjemaah dan Iftar Ramadan.

Turut hadir, YB Datuk Zaidi bin Johari, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka dan isteri, Pengarah JAIM, Pengarah JAPEN dan Pegawai – Pegawai Daerah di Negeri Melaka.

#MKNMelaka

Artikel/Berita Terkini

ANWAR SANTUNI MANGSA KEBAKARAN KG NUMBAK

TINJAU: Anwar semasa menyantuni mangsa kebakaran di Kg Numbak. KOTA KINABALU: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini melawat …

KERAJAAN SETUJU TINGKAT NISBAH KERUSI PARLIMEN SABAH, SARAWAK

MENJELASKAN: Anwar (dua kiri) semasa dalam sidang media. KOTA KINABALU: Kerajaan bersetuju meningkatkan nisbah perwakilan Ahli Parlimen Sabah dan Sarawak …

ANWAR TIBA DI SICC PENGERUSIKAN MESYUARAT MTPMA63 2026

Anwar (tujuh, kanan) bersama Hajiji Noor (tujuh, kiri) dan PAbang Johari (enam, kanan) merakam gambar kenangan Mesyuarat MA63di di Pusat …