JOHOR BAHRU, 28 April 2022 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Johor di bawah Jawatankuasa Perancang Gerakan Negeri (JPGN) Johor telah menganjurkan Operasi Bersepadu Maritim Bersama Agensi-Agensi Keselamatan Negeri Johor di perairan Tg. Piai, Had Pelabuhan Johor Bahru & Had Pelabuhan Tg. Pelepas pada 27 April 2022 yang lalu.
Agensi-agensi Keselamatan yang terlibat seperti Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Laut Malaysia Wilayah Selatan (JLMWS), Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Johor, Pasukan Polis Marin Wilayah Dua (PPMW2), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Negeri Johor, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Johor, Jabatan Perikanan Negeri Johor, Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 5 Dan 6.
Operasi diketuai oleh Ketua Polis Johor, YDH CP Datoβ Kamarul Zaman dan Panglima Markas Briged Ketujuh Infantri Malaysia, YBhg. Brigedier Jeneral Panglima Mohamad Suria Bin Mohamad Saad. Semua agensi keselamatan yang terlibat telah dibawa menaiki Kapal JLMWS dari Jeti JLMWS di Gelang Patah Johor ke lokasi operasi bagi meninjau kesiapsiagaan dan menyantuni pegawai dan anggota yang bertugas di lokasi operasi tersebut. Operasi ini bertujuan untuk memantau keselamatan dan kedaulatan di perairan negara secara umumnya dan perairan Negeri Johor secara khususnya terutama apabila menjelang Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi.Β Pelaksanaan operasi ini juga merupakan salah satu strategi dalam memperkukuhkan keupayaan dan kesiapsiagaan pertahanan negara serta keselamatan dari ancaman luar selaras dengan Dasar Keselamatan Negara (DKN) 2021-2055.
Dalam operasi ini juga turut dianjurkan program berbuka puasa bersama-sama YDH Ketua Polis Johor, Panglima 7 Briged, pengarah-pengarah dan kakitangan agensi penguatkuasa yang terlibat dan serahan sumbangan dari YAB Menteri Besar Johor dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Johor kepada semua petugas Operasi Bersepadu Maritim di atas kapal MV POLARIS.
Sekalung penghargaan dan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada semua pihak terlibat yang telah menjayakan operasi ini.
Untuk perkembangan terkini dari semasa ke semasa, ikuti FB MKN Johor di https://www.facebook.com/mknnegerijohor







