MUIP CAKNA 400 PESAKIT HOSPITAL TENGKU AMPUAN AFZAN

KUANTAN, 28 April 2022 – Unit Pembangunan Asnaf Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang hari ini telah mengadakan Program Ziarah Cakna Pesakit di Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan.

Seramai 400 orang pesakit telah disantuni dan menerima sumbangan berupa wang tunai dan hamper barangan bagi meringankan beban mereka dan ahli keluarga terutamanya dalam menampung kos menjalani rawatan.

Majlis telah dihadiri oleh Ybrs. Dr. Haji Asmadi Bin Abdul Rahman (Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Sektor Baitulmal dan Operasi MUIP) mewakili Ketua Pegawai Eksekutif. Turut hadir bersama Pengarah Bahagian Agihan Zakat, Ketua Unit Pembangunan Asnaf dan Pengurus Cawangan Daerah MUIP Kuantan serta kakitangan.

Semoga semua pesakit dikurniakan kesabaran dalam mengharungi ujian serta dikurniakan kesembuhan dan kesihatan terutamanya bakal menyambut perayaan Aidilfitri yang bakal kunjung tiba.

Sumber: Laman FB Majlis Ugama Islam & Adat Resam Melayu Pahang

Artikel/Berita Terkini

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut

PPSPM TAWAR PLATFORM IKLAN PADA BOT MELAKA RIVER CRUISE

Bandaraya Melaka – Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) semakin agresif dalam mempelbagaikan sumber pendapatannya termasuk menerusi tawaran ruang …
Maklumat Lanjut