KPDNHEP PULAU PINANG RAMPAS 337 HELAI JERSI BOLA SEPAK TIRUAN

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-undang)

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Pulau Pinang merampas 337 helai jersi pasukan bola sepak Pulau Pinang bernilai RM15,050 dipercayai tiruan di kedai peralatan dan pakaian sukan di Taman Perindustrian Nibong Tebal. Serbuan jam 11.30 pagi itu diadakan sejurus mendapat aduan daripada Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang berhubung kegiatan penjualan jersi tiruan.

Pengarah KPDNHEP negeri, Mohd Ridzuan Ab Ghapar berkata, pasukan pegawai penguat kuasa KPDNHEP bersama wakil pemilik cap dagangan melakukan pemeriksaan di sebuah premis dekat sini. Hasil pemeriksaan terdapat 337 helai jersi dipercayai menggunakan cap dagangan palsu dan barangan itu dirampas untuk siasatan lanjut.

Dalam perkembangan lain, KPDNHEP turut menyerbu sebuah premis di Taman Industri Ringan Mak Mandin, Butterworth yang menjalankan perniagaan kasut dipercayai berjenama tiruan secara dalam talian. Bagi premis ini, pemeriksaan penguat kuasa menemui 1,550 pasang kasut dan 400 pasang selipar dengan anggaran nilai RM42,750 yang dipercayai menggunakan cap dagangan disyaki palsu.

Kesemua barangan ini turut disita untuk tindakan lanjut. Kedua-dua kes itu disiasat di bawah Akta Cap Dagangan 2019.

Sumber:

Harian Metro

KPDNHEP Pulau Pinang

Artikel/Berita Terkini

TEMBIKAI BOCI TANPA BIJI SEMAKIN POPULAR

KUANTAN: FAMA Pahang membantu memasarkan lebih 200 tan tembikai jenis boci tanpa biji dan tembikai kuning hasil keluaran tujuh pekebun …
Maklumat Lanjut

LETUSAN GUNUNG RUANG: MAS KEMBALI BATALKAN PENERBANGAN ANTARA KL-SABAH

KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines (MAS) hari ini membatalkan semula beberapa penerbangan antara Kuala Lumpur dengan Sabah susulan letusan gunung berapi …
Maklumat Lanjut

KES DEMAM DENGGI MENURUN PADA ME15, SATU KEMATIAN DILAPORKAN

KUALA LUMPUR: Jumlah kes demam denggi menurun kepada 1,698 kes pada Minggu Epidemiologi ke-15 (ME15) iaitu dari 7 April hingga …
Maklumat Lanjut