JPJ PULAU PINANG: PENGUATKUASAAN SEMBILAN (9) KESALAHAN UTAMA

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-undang)

JPJ Negeri Pulau Pinang telah melaksanakan Penguatkuasaan sembilan (9) Kesalahan Utama menjelang pelaksanaan Ops Hari Raya Aidifitri (HRA) 2022 yang akan bermula pada 29 April sehingga 08 Mei 2022.

Penguatkuasaan sembilan (9) kesalahan tumpuan utama ini bagi mengambil tindakan tegas terhadap pemandu yang mengabaikan peraturan dan undang-undang lalu lintas yang berkuatkuasa semasa pemanduan serta untuk mengurangkan kadar kemalangan dan kematian disebabkan disebabkan faktor kecuaian dan sikap pemandu semasa memandu di jalan raya.

Daripada sembilan (9) kesalahan Utama itu, lima (5) kesalahan lalu lintas yang tidak boleh dikompaun sempena Ops HRA 2022 ini. Amtaranya adalah tidak mematuhi lsyarat lampu merah, memandu melebihi had laju (AWAS), mengguna telefon bimbit semasa memandu, memandu di lorong kecemasan, memotong barisan (Potong Q). Kesemua kes ini perlu diselesaikan di mahkamah. kesalahan lain juga yang diberi tumpuan adalah memotong garisan berkembar, tidak pakai tali pinggang keledar, membawa lebih muatan dan muatan bahaya. Tumpuan kawasan penguatkuasaan adalah di lebuhraya PLUS, jalan persekutuan, jalan utama negeri, pusat bandaraya dan kawasan tumpuan kemalangan.

 

Sepanjang penguatkuasaan yang telah diadakan selama dua (2) hari, penggunaan telefon bimbit semasa memandu antara saman tertinggi dikeluarkan dengan jumlah 23 notis saman dikeluarkan, 12 notis saman memotong barisan (potong Q), 9 notis saman tidak patuh lsyarat lampu merah, 3 notis memotong di garisan berkembar, 17 notis saman tidak pakai tali pinggang / topi keledar dan 31 notis tiada lesen memandu dan Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh serta tiada perlindungan lnsuran dan 18 kesalahan lebih muatan dan juga muatan bahaya.

 

Pengguna jalan raya adalah dinasihatkan supaya patuh kepada peraturan dan undang- undang semasa memandu bagi mengelakkan dari dikenakan tindakan saman, serta terlibat kemalangan disebabkan kecuaian dan juga sikap tidak bertanggungjawab semasa di jalan raya. Kecuaian dan kealpaan semasa memandu boleh mengundang padah. Pandu Cermat dan Sentiasa Selamat Sampai ke Destinasi. Semoga perayaan Aidifitri lebih bermakna untuk anda dan keluarga tersayang.

Artikel/Berita Terkini

LEBIH 90 PERATUS MYKIOSK DI NEGERI SEMBILAN SUDAH DIISI

Lebih 90 peratus kios MyKiosk di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) di Negeri Sembilan telah diisi dengan peniaga …
Maklumat Lanjut

TEMA HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA 2025

MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI dipilih sebagai tema sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025. RASIONAL TEMA Cerminan visi kerajaan …
Maklumat Lanjut

𝗝𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗕𝗘𝗥𝗜 𝗠𝗔𝗞𝗟𝗨𝗠𝗔𝗧 𝗕𝗔𝗡𝗞 𝗞𝗘𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗠𝗔𝗡𝗔-𝗠𝗔𝗡𝗔 𝗣𝗜𝗛𝗔𝗞

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) JANGAN BERI …
Maklumat Lanjut