PROGRAM RAMAH MESRA & GOTONG ROYONG MEMASAK BUBUR LAMBUK MKN NEGERI JOHOR BERSAMA JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA (JBPM) DAERAH PONTIAN

PONTIAN, 26 April 2022 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Johor telah mengadakan Program Lawatan & Sesi Ramah Mesra bersama-sama dengan Anggota-Anggota Bomba Daerah Pontian bertempat di BBP Pontian Baru. Ketibaan YBrs. Encik Mohd Tarmizi Bin Dan, Pengarah Keselamatan Negeri, Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Johor telah disambut oleh PgKB II Mohd Yunus bin Ibrahim, wakil Ketua Zon 1, JBPM Negeri Johor serta Ketua-Ketua Balai Daerah Pontian dan anggota BBP Pontian Baru. Turut hadir di dalam program tersebut adalah YBrs. Tuan Haji Mohammad Bin Abu Bakar, Ketua Penolong Pengarah, Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Johor, Penolong – Penolong Pengarah MKN Negeri Johor dan kakitangan MKN Negeri Johor.

Antara aktiviti yang dijalankan dalam program anjuran bersama itu adalah Kempen Keselamatan Kebakaran, sesi lawatan, suaikenal pegawai, taklimat ringkas, demo perawatan unit EMRS & gotong – royong penyediaan serta pengagihan bubur lambuk kepada seluruh Balai Bomba dalam Daerah Pontian. Program yang dianjurkan merupakan julung-julung kalinya diadakan melibatkan kerjasama antara MKN negeri Johor dan JBPM daerah Pontian.

Untuk perkembangan terkini dari semasa ke semasa, ikuti FB MKN Johor di https://www.facebook.com/mknnegerijohor

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut