KEMPEN KESELAMATAN JALAN RAYA PERINGKAT 4 DIV

KUALA LUMPUR – Seramai 10 pegawai dan 300 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) di bawah naungan Divisyen Keempat Infantri Malaysia (4 Div) terlibat dalam Kempen Keselamatan Jalan Raya Peringkat 4 Div di Dewan Dato’ Othman Harun pada 22 April 2022.

Acara tahunan ini diadakan bertujuan memberi pengetahuan cara pemanduan yang berhemah dan mematuhi undang-undang jalan raya terutama pada musim perayaan. Program dimulakan dengan Ceramah Panduan Berhemah yang disampaikan oleh Penolong Pegawai Keselamatan Jalan Raya, Puan Siti Sarah Mohamed dan diteruskan dengan Ceramah Keselamatan Jalan Raya yang disampaikan oleh Inspektor Mohd Nor Hafiz Mohd Wazir dari Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur.

Seterusnya dalam ucapan Panglima 4 Div, Mej Jen Dato’ Hj Ya’cob Hj Samiran menegaskan kepada semua anggota agar lebih prihatin serta mementingkan keselamatan semasa memandu dan sentiasa mengamalkan rutin pemanduan yang selamat. Seterusnya Panglima 4 Div merasmikan kempen ini dengan memasukkan replika kunci dan Flag Off sebagai gimik perasmian.

Majlis diakhiri dengan penyerahan cenderahati kepada penceramah jemputan dan di samping itu, turut diadakan pameran dari Jabatan Pertahanan Awam, Bomba dan Penyelamat Malaysia, Polis DiRaja Malaysia serta Jabatan Pengangkutan Jalan Raya. Turut hadir, Panglima Briged Kedua Infantri Malaysia, Brig Jen Mohd Azmurin Mat Khalib.

– Markas Divisyen Keempat Infantri Malaysia

SUMBER: FB BERITA TENTERA DARAT MALAYSIA https://www.facebook.com/BTDMOnline 

Artikel/Berita Terkini

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut

PPSPM TAWAR PLATFORM IKLAN PADA BOT MELAKA RIVER CRUISE

Bandaraya Melaka – Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) semakin agresif dalam mempelbagaikan sumber pendapatannya termasuk menerusi tawaran ruang …
Maklumat Lanjut