KATEGORI KENDERAAN MIKROMOBILITI YANG DILARANG DI ATAS JALANRAYA

Penggunaan kenderaan mikromobiliti di atas jalan adalah membahayakan bukan sahaja kepada pengguna kenderaan tersebut, malahan kepada pengguna jalan raya yang lain. Seperti yang telah berlaku dengan nahas basikal lajak yang telah meragut 8 nyawa, penggunaan kenderaan mikromobiliti dengan percampuran dengan aliran trafik kenderaan motor lain di atas jalan akan menimbulkan risiko berlakunya tragedi yang sama.

Dalam hubungan ini, Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) ingin memaklumkan kepada orang ramai bahawa PENGGUNAAN KENDERAAN MIKROMOBILITI TERTENTU ADALAH DILARANG DI ATAS JALAN menerusi pewartaan Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan (Larangan Penggunaan Kenderaan Mikromobiliti Tertentu) 2021 (“Kaedah”), yang telah berkuatkuasa mulai 17 Disember 2021. Jenis- jenis kenderaan mikromobiliti tertentu yang dilarang penggunaannya di atas jalan adalah daripada perihalan berikut:-

(i) Moped;
(ii) Personal Mobiliti Devices termasuk skooter berkuasa elektrik, kuasa enjin
pembakaran dalaman ataupun kuasa manusia; dan
(iii) Personal Mobiliti Aids (PMA).

Sumber : FB Ministry of Transport

Artikel/Berita Terkini

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut

PPSPM TAWAR PLATFORM IKLAN PADA BOT MELAKA RIVER CRUISE

Bandaraya Melaka – Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) semakin agresif dalam mempelbagaikan sumber pendapatannya termasuk menerusi tawaran ruang …
Maklumat Lanjut