TERMINAL FERI LABUAN DIJANGKA LEBIH SIBUK, SESAK MENJELANG AIDILFITRI

WP LABUAN – Keadaan sesak dengan beratus kenderaan penumpang memenuhi Feri Galaxy yang bertolak ke Menumbok, Sabah di pintu masuk dan keluar terminal Feri RORO, Terminal Feri Antarabangsa Labuan hari ini.

Para penumpang juga menggunakan bot laju dari Labuan ke Menumbok,

Dua terminal feri di Labuan dijangka lebih sibuk daripada biasa menjelang sambutan Aidilfitri, ditambah pula dengan pembukaan semula sempadan Malaysia kepada pengembara luar negara sejak 1 April lepas.

Mereka yang merancang untuk menaiki feri ro-ro (roll on-roll off) atau bot penumpang pada hujung minggu ini perlu menempah tiket lebih awal, bersedia untuk menunggu lama selain tiba awal, demikian peringatan operator feri kepada penumpang dan pemilik kenderaan.

Dua operator feri Labuan Mainland Link Sdn Bhd dan Juta Bonus Sdn Bhd mengesahkan bahawa tempahan tiket sudah penuh untuk 27 April hingga 2 Mei.


? Muqtadir Halim | BERNAMA

Artikel/Berita Terkini

𝗟𝗔𝗪𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗥𝗝𝗔

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Bahagian Keselamatan …
Maklumat Lanjut

𝗘𝗦𝗖𝗔𝗣𝗘 𝗖𝗛𝗔𝗟𝗟𝗘𝗡𝗚𝗘

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Seramai  49 …
Maklumat Lanjut

𝗢𝗣𝗦 𝗦𝗘𝗟𝗘𝗥𝗔

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Jika anda …
Maklumat Lanjut