SEMARAK RAMADHAN – RAIKAN SYAWAL

 

KOTA BHARU : Seksyen Penguatkuasa KPDNHEP Kelantan telah mengunjungi dan menyantuni Darul Hanan Rumah Anak Yatim & Asnaf Kelab Balkis, Kota Bharu Kelantan disini semalam.
Semarak Ramadhan – Raikan Syawal bersempena dengan sambutan Hari Penguat Kuasa Ke 50 KPDNHEP Tahun 2022 peringkat Negeri Kelantan.
Mewakili Pengarah KPDNHEP Negeri Kelantan, YBrs. Tuan Raja Zul Azli bin Tuan Raja Yaacob, Ketua Unit Pengurusan Penyelarasan Strategik, KPDNHEP Negeri Kelantan telah sempurna menyerahkan sejumlah sumbangan barangan kepada Darul Hanan Rumah Anak Yatim & Asnaf Kelab Balkis, Kota Bharu, Kelantan diterima oleh YBrs. Puan Noridah binti Salleh.
Syukur alhamdulillah kami masih diberi kesempatan ilahi untuk terus menyampaikan amanah penyumbang serta terima kasih juga buat penyumbang sekalian yang menghulurkan bantuan buat anak-anak yatim ini dan semoga bantuan yang disampaikan dapat meringankan beban di samping memberikan sokongan moral kepada anak-anak ini semua.
Kepada yang ingin dan berhajat untuk menyumbang :
No. Akaun : 5530-1001-2272 Maybank
Tabung Kebajikan & Pendidikan Kelab Balkis

Artikel/Berita Terkini

KEPENTINGAN RAKYAT JADI KEUTAMAAN: HAJIJI

UCAPAN: Hajiji semasa menyampaikan ucapan pada majlis itu, turut kelihatan Musa bersama tetamu kehormat yang lain. KOTA KINABALU: Kepentingan rakyat …
Maklumat Lanjut

LELAKI WARGA ASING MILIKI SYABU, BERDEPAN HUKUMAN GANTUNG

TANGKAP: Suspek berserta dadah jenis syabu yang ditemukan dibawa ke IPD Lahad Datu untuk tindakan lanjut. LAHAD DATU: Seorang lelaki …
Maklumat Lanjut

RM7.5 JUTA DISALURKAN KEPADA 1,809 USAHAWAN DI SABAH

SERAH: Ewon menyampaikan replika cek semasa dalam majlis itu. PENAMPANG: Sejumlah RM7.5 juta disalurkan kepada 1,809 usahawan di Sabah sejak …
Maklumat Lanjut