PERANTAU DIGALAKKAN JALANI UJIAN RTK SEBELUM PULANG BERAYA

 

KOTA BHARU – Menteri Besar Kelantan, YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob berharap para perantau yang pulang ke kampung sempena Hari Raya Aidilfitri nanti dapat melakukan ujian kendiri saringan Rapid Test kit (RTK) Antigen di rumah sebelum bertolak balik ke kampung halaman masing-masing.
Beliau berkata meskipun kerajaan tidak mewajibkan ujian saringan itu dilakukan, tetapi atas rasa tanggungjawab, individu itu haruslah melakukannya untuk memastikan keselamatan ibu bapa dan keluarga di kampung selamat serta dapat mengekang penularan COVID-19 yang masih berleluasa.
“Saya amat berharap semua perantau yang berada di luar negeri sentiasalah menjaga keselamatan diri dan keluarga dengan mengikuti SOP yang ditetapkan kerana kita tidak mahu sesuatu di luar jangkaan berlaku sebelum dan selepas pulang berhari raya,” katanya ketika ditemui media selepas mengagihkan sumbangan biskut raya kepada Kelab Media Kelantan Darul Naim (KEMUDI) di kediaman rasminya JKR10, semalam.
Sementara itu, mengulas berkaitan dengan keseronokan dan kemeriahan berhari raya dan majlis rumah terbuka, orang ramai dinasihati sentiasa mematuhi peraturan dan SOP yang telah ditetapkan dengan mengikuti kapasiti yang sesuai berdasarkan tempat untuk berkumpul.

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut