MAJLIS BERBUKA PUASA WISMA PERWIRA 1 RAMD

KUALA LUMPUR, Bertempat di Wisma Perwira Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu DiRaja telah berlangsungnya Majlis Berbuka Puasa bersama Pegawai Memerintah yang dihadiri oleh semua Pegawai. Majlis ini telah dikoordinasikan oleh Yang Dipertua Wisma Perwira 1 RAMD Mej Ahmad Redzuan bin Roslan bersama AJK Komuniti Mess.

Majlis dimulakan dengan semua pegawai berkumpul di perkarangan Wisma Perwira bagi menyambut ketibaan Pegawai Memerintah, Kol Zulmadi bin Ariffin. Peg Mem kemudiannya bersama-sama para pegawai yang hadir menunaikan solat fardu Maghrib yang dipimpin oleh Pegawai Agama Pasukan, Lt Syed Mohd Noor Khaidir bin Syed Zubaidi. Acara seterusnya diteruskan dengan menunaikan solat fardu Isyak dan solat sunat Tarawih secara berjemaah.

Majlis diteruskan dengan moreh dan penyampaian sumbangan cenderahati kepada semua Staf Wisma Perwira. Majlis ini selaras dengan Tonggak Ketiga Perintah Ulung Panglima Tentera Darat Ke-28 iaitu Pelestarian Kesejahteraan Warga.

SUMBER : FB BATALION PERTAMA REJIMEN ASKAR MELAYU DIRAJA https://www.facebook.com/1stRoyalMalayRegiment

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut