KERAJAAN SETUJU FORTIFIKASI TEPUNG GANDUM DENGAN ZAT BESI, ASID FOLIK

Kabinet bersetuju melaksanakan fortifikasi tepung gandum dengan zat besi dan asid folik bagi pek 25 kilogram (kg) ke bawah secara mandatori.

Fortifikasi ialah proses menambahkan zat tertentu ke dalam bahan-bahan makanan untuk meningkatkan mutu gizi makanan.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, langkah itu bagi memastikan paras zat besi dan asid folik dalam tepung gandum adalah seragam serta selaras cadangan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) iaitu 6.0 miligram zat besi dan 260 mikrogram asid folik dalam setiap 100 gram tepung gandum.

“Pada masa ini, zat besi dan asid folik tidak ditambah ke dalam tepung gandum pek 25kg. Kedua-duanya hanya ditambah ke dalam tepung gandum pek satu kg secara sukarela dengan paras berbeza-beza dan lebih rendah berbanding paras dicadangkan,” katanya dalam kenyataan di sini pada Selasa.

Khairy berkata, langkah itu juga adalah satu daripada intervensi kesihatan awam dalam usaha meningkatkan pengambilan zat besi dan asid folik dalam kalangan masyarakat.

Beliau memberitahu, kekurangan zat besi dan asid folik boleh menyebabkan masalah kecacatan kekal dalam kalangan bayi seperti Neural Tube Defect (NTD) dan Anemia.
“Selain itu, ia juga dijangka meningkatkan kualiti nutrien produk makanan yang dihasilkan oleh industri makanan kecil dan sederhana seperti roti, mee basah, roti canai, dan kuih-muih.

“Ia sekali gus membuka ruang lebih luas bagi rakyat Malaysia untuk mendapat akses kepada makanan berkhasiat di pasaran. Ini diharap dapat meningkatkan status pemakanan dan kesihatan rakyat Malaysia,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata kementerian akan mengadakan perbincangan lebih lanjut bersama pemegang taruh berkaitan bagi memastikan pelaksanaan itu tidak membebankan rakyat dari segi harga.

SUMBER: BERNAMA

Artikel/Berita Terkini

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut

PPSPM TAWAR PLATFORM IKLAN PADA BOT MELAKA RIVER CRUISE

Bandaraya Melaka – Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) semakin agresif dalam mempelbagaikan sumber pendapatannya termasuk menerusi tawaran ruang …
Maklumat Lanjut