AIDILFITRI : 28,000 TIKET BAS KONSORTIUM E-MUTIARA HABIS DIJUAL

 

KOTA BHARU – Sebanyak 28,000 tiket bas ekspres Konsortium E-Mutiara ke semua destinasi di Semenanjung bagi perjalanan bermula Selasa (26 April) sehingga 2 Mei ini sempena sambutan Aidilfitri habis dijual.

Antara tiket paling laris bagi tempoh itu adalah bagi perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu.

E-Mutiara akan menambah 30 trip perjalanan bas bagi menampung permintaan pengguna perkhidmatan itu sepanjang sambutan Hari Raya Aidilfitri ini. Pertambahan trip itu yang bermula pada Selasa meliputi bandar-bandar utama di seluruh semenanjung Malaysia.

Dengan adanya pertambahan ini, operasi Bas E-Mutiara akan meningkat kepada 120 trip sehari berbanding 90 pada hari-hari biasa.

Kesemua trip bas ini akan membawa masuk anak-anak perantau untuk pulang beraya di kampung halaman masing-masing.

 

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut