WAKTU OPERASI PUSAT DERMA DARAH HTJ, SEREMBAN SEPANJANG BULAN RAMADAN

Minggu ini merupakan minggu terakhir sebelum kita mula bercuti panjang bersempena dengan Hari Pekerja (Isnin) dan Aidilfitri (Selasa & Rabu).

Kami di Pusat Derma Darah masih membuka perkhidmatan kami sepanjang minggu ini dari jam 8.00 pagi sehingga 4.30 petang.

Dan minggu ini kami masih lagi menawarkan cenderahati istimewa bagi penderma ke-10, 20 dan 30 yang berjaya menderma darah.

Kami mengharapkan anda, hero dan heroin untuk datang beramai-ramai minggu ini bagi menderma darah. Memandangkan mulai Sabtu kita akan mula bercuti panjang, stok yang dikumpul minggu ini akan juga diperuntukan untuk digunakan sepanjang cuti. Sepanjang masa ada sahaja kes kecemasan yang memerlukan transfusi darah bagi menyelamatkan nyawa pesakit dan pek darah yang tuan/puan dermakan akan digunakan untuk tujuan ini.

Bantulah pesakit dengan menderma darah kerana setiap pek darah yang anda dermakan mampu menyelamatkan tiga nyawa.

Artikel/Berita Terkini

LEBIH 90 PERATUS MYKIOSK DI NEGERI SEMBILAN SUDAH DIISI

Lebih 90 peratus kios MyKiosk di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) di Negeri Sembilan telah diisi dengan peniaga …
Maklumat Lanjut

TEMA HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA 2025

MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI dipilih sebagai tema sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025. RASIONAL TEMA Cerminan visi kerajaan …
Maklumat Lanjut