MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS KETUA POLIS DAN PENGERUSI PERKEP KONTINJEN NEGERI SEMBILAN

   

Seremban, 22 April 2022 – Majlis serah tugas Ketua Polis Negeri Sembilan antara YDH CP Dato’ Mohamad Bin Mat Yusop kepada Ketua Polis Negeri Sembilan yang baru iaitu YDH DCP Dato’ Ruslan Bin Khalid berlangsung di Dewan Utama, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan, petang ini.

Majlis yang penuh bersejarah buat seluruh warga kontinjen Negeri Sembilan khasnya dan PDRM amnya itu turut diserikan lagi dengan kehadiran Pengarah Jabatan Pengurusan, YDH CP Dato’ Zaini Bin Jass. Turut diadakan Majlis Serah Terima Tugas Pengerusi PERKEP kontinjen Negeri Sembilan di antara YBhg Datin Norlela Binti Idris dan YBhg. Datin Rohayah Binti Harun disaksikan oleh YBhg. Datin Hairiah Binti Haji Mohd Tahir, Pengerusi Perkep Jabatan Pengurusan, Bukit Aman.

Dato’ Mohamad dalam ucapannya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua warga PDRM kontinjen Negeri Sembilan yang telah memberikan kerjasama sepenuhnya kepada beliau semasa menjawat jawatan sebagai Ketua Polis Negeri. “Berbekalkan semangat ‘Espirit De Corps’, PDRM Kontinjen Negeri Sembilan telah berjaya mencapai tahap prestasi yang amat membanggakan.

Majlis tersebut turut dihadiri oleh semua Ketua-ketua Jabatan, Ketua-ketua Polis Daerah serta isteri, Pegawai-pegawai Kanan, Ahli-ahli PERKEP dan Wakil-wakil media.

Sumber : FB Polis Negeri Sembilan

Artikel/Berita Terkini

600 ANJING TERBIAR DITANGKAP SETAKAT MEI – MBS

Sebanyak 600 ekor anjing terbiar telah berjaya ditangkap oleh kontraktor yang dilantik Majlis Bandaraya Seremban (MBS) dalam tempoh lima bulan …
Maklumat Lanjut

PROGRAM SEKOLAH ANGKAT MADANI

 Inisiatif ini menghimpunkan tenaga Kerajaan MADANI, Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan, Syarikat Berkaitan Kerajaan dan sektor swasta.  Setiap organisasi yang mengambil …
Maklumat Lanjut

BELI RUMAH MAMPU MILIK BANTU ASNAF DI BAWAH RUMAH MAWADDAH

Kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) merancang pembelian rumah mampu milik untuk bantuan perumahan asnaf di bawah …
Maklumat Lanjut