KERAJAAN PERLU MAKLUMAT YANG TEPAT MEMBANTU RAKYAT

 

KOTA BHARU – Kerajaan perlu mendapat maklumat yang tepat tentang keperluan dan masalah rakyat untuk memudahkan pihak kerajaan mengenal pasti serta menangani masalah rakyat di satu-satu kawasan.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi, Teknologi Hijau dan Alam Sekitar, YB Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail berkata demikian ketika berucap pada Program Dialog Ummah Peringkat DUN Bunut Payong di JKR 10, semalam.
Selaku panel program, beliau menyatakan melalui program seperti itu, pihak Kerajaan Negeri akan mendapat maklumat secara langsung berhubung isu berbangkit daripada orang ramai di satu-satu kawasan.
“Setiap kawasan mempunyai masalah yang berbeza dan dengan adanya maklumat yang tepat akan memudahkan pihak kerajaan merancang dengan lebih berkesan”, katanya.
Berhubung dengan bajet pula, beliau menjelaskan Kerajaan Negeri berbelanja secara berhemah dan peruntukan untuk rakyat sentiasa bertambah setiap masa.

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut