COMMUNITY POLICING DAN PEMANTAUAN BAZAR RAMADHAN OLEH YDH KETUA POLIS DAERAH IPD JEMPOL

   

YDH. Supt Hoo Chang Hook – Ketua Polis Daerah Jempol, telah membuat pemantauan dan Community Policing di Bazar-bazar Ramadhan sekitar Daerah Jempol.

Turut hadir semasa program ini ialah YB Datuk Seri Haji Salim bij Sharif, – Ahli Perlimen Jempol, Dato’ Pong Kwai Yong, – Pengerusi MCPF Jempol, YDH DSP Mohd Hafiz bin Muhammad Nor, – Timb. Ketua Polis Daerah Jempol, Ketua-ketua Bahagian, Pegawai-Pegawai Kanan, Ketua-ketua Polis, dan Anggota-anggota Amanita IPD Jempol. Turut sama menjaya kan program ini adalah dari Jabatan Majlis Perbandaran Jempol serta Jabatan Penerangan Jempol.

Matlamat program ini adalah untuk Menunjukkan kehadiran Polis, dilihat dan dirasai masyarakat, mencegah kejadian jenayah dan pemantauan pematuhan FASA PERALIHAN KE ENDEMIK peniaga Bazar Ramadhan, pengunjung dan masyarakat setempat, memberi keyakinan dan persepsi positif masyarakat kepada Polis, memudahkan orang awam memberi maklumat dan berinteraksi sesuai dengan motto PDRM “Polis Dan Masyarakat Berpisah Tiada”.

Selain itu, ia dapat mewujudkan hubungan erat diantara masyarakat dan warga PDRM serta wujudkan hubungan kolobrasi dalam menjayakan misi dan visi pasukan PDRM. Pemantauan dari aspek penjarakan fizikal,pemakaian Face mask dan pengimbas QR code dipatuhi oleh orang awam. Pemantauan dari pihak KKM dan KPDNHEP tahap kebersihan , kawalan harga didapati amat memuaskan dan terkawal serta tiada aduan berkaitan kenaikan harga jualan.

Program Pemantauan SOP Covid 19 dan Community Policing bersama Peniaga Bazar Ramadhan Daerah Jempol dan pengunjung serta masyarakat setempat berjalan dengan baik dan lancar. Aktiviti yang dijalankan mendapat pujian dan maklum balas positif daripada masyarakat setempat.

 
Sumber : FB IPD Jempol

Artikel/Berita Terkini

600 ANJING TERBIAR DITANGKAP SETAKAT MEI – MBS

Sebanyak 600 ekor anjing terbiar telah berjaya ditangkap oleh kontraktor yang dilantik Majlis Bandaraya Seremban (MBS) dalam tempoh lima bulan …
Maklumat Lanjut

PROGRAM SEKOLAH ANGKAT MADANI

 Inisiatif ini menghimpunkan tenaga Kerajaan MADANI, Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan, Syarikat Berkaitan Kerajaan dan sektor swasta.  Setiap organisasi yang mengambil …
Maklumat Lanjut

BELI RUMAH MAMPU MILIK BANTU ASNAF DI BAWAH RUMAH MAWADDAH

Kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) merancang pembelian rumah mampu milik untuk bantuan perumahan asnaf di bawah …
Maklumat Lanjut