SYUKURI NIKMAT KELONGGARAN SOP FASA PERALIHAN ENDEMIK

WP LABUAN – Masyarakat diseru untuk mensyukuri nikmat yang dirasai apabila pelbagai prosedur operasi standard (SOP) dilonggarkan selepas negara memasuki fasa endemik. Menurut Pengarah Jabatan Penerangan Labuan, Ab Rasil Hajatil, rasa syukur itu perlu dizahirkan dengan dengan tindakan – tindakan seperti terus mematuhi SOP dan arahan pihak berkuasa dari masa ke masa dalam memerangi COVID-19 serta menyebarkan nilai-nilai murni kepada masyarakat khususnya di bulan yang mulia ini.
“Pelbagai kelonggaran sudah kita nikmati, masjid dan surau sudah boleh dipenuhi, perniagaan lebih terbuka, sempadan negara juga sudah terbuka dan lain – lain kelonggaran yang mampu merancakkan semula ekonomi serta kehidupan rakyat. “Sudah tentu rakyat Malaysia terutamanya umat Islam menyambut peralihan ini dengan cukup gembira dan rasa kesyukuran, lebih – lebih lagi ianya hadir semasa bulan Ramadan dan Aidilfitri yang bakal menjelang,”katanya semasa merasmikan Program Info On Wheels@Ramadan, Jabatan Penerangan W.P Labuan 2022 dengan kerjasama Masjid Kampung Sungai Bedaun dan Petra Resources Sdn. Bhd, petang semalam.
SUMBER: MALAYSIAAKTIF

Artikel/Berita Terkini

WANITA MENGAKU TAK SALAH SEDIA KHIDMAT KLINIK GIGI HARAM

Seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan iaitu menjalankan amalan pergigian dan menyediakan klinik …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

POLIS TEMBAK MATI 2 PENJENAYAH KES SAMUN, EDAR DADAH DI NILAI

Dua penjenayah bersenjata yang dipercayai terbabit dalam lebih 70 kes samun di tiga negeri mati ditembak polis di kawasan parkir …
Maklumat Lanjut