PROGRAM ZIARAH KASIH RAMADAN @ LABUAN

WP LABUAN – JAWI bersama RTM dan QSR Brands meneruskan lagi Siri Jelajah Ramadan Keluarga Malaysia ke W.P. Labuan dalam Program Ziarah Kasih Ramadan @ Labuan bertempat di Surau Darussalam yang terletak di salah sebuah perkampungan air di Labuan iaitu Kg. Patau- Patau Dua.
Program telah diisi dengan penyampaian tazkirah Ramadan yang disampaikan oleh Tuan Hj. Hanafiah Bin Abdul Razak, Imam Masjid Kota Iskandar Johor, penyampaian sumbangan kepada asnaf, majlis berbuka puasa dan solat maghrib.
Seramai 150 orang asnaf telah disantuni dengan menerima kit makanan keperluan asas dan sumbangan wang tunai daripada JAWI Food Bank yang keseluruhannya berjumlah RM30 ribu. Disamping itu, QSR Brands turut menyumbang 300 pek ayam KFC.
Majlis penyampaian sumbangan telah disempurnakan oleh Pengarah JAWI iaitu YBhg. Datuk Haji Mohd Ajib Bin Ismail. Turut hadir Tuan Haji Mohd Fadzil bin Abu Kassim, Timbalan Pengarah Operasi JAWI ,Dr. Muhamad Zakuwa bin Rodzali, Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pengurusan Masjid JAWI, Puan Aminah Binti Samsudin Mohamad Pengarah Jabatan Penyiaran Labuan, KPPK JAWI Labuan, Pengurus MAIWP Labuan serta beberapa pemimpin masyarakat.
SUMBER: JAWI LABUAN

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut