“MAITAH SAHUR” SEMPENA PROGRAM ZIARAH KASIH RAMADAN @ LABUAN

“MAITAH SAHUR” SEMPENA PROGRAM ZIARAH KASIH RAMADAN @ LABUAN
WP LABUAN – Program Ziarah Kasih Ramadan @ Labuan diteruskan lagi dengan majlis bersahur di Surau Munawwarah Kg. Patau- Patau Satu. Majlis bersahur tersebut telah diserikan dengan kehadiran YBhg. Datuk Haji Mohd Ajib Bin Ismail, Pengarah JAWI serta rombongan yang terdiri daripada Tuan Haji Mohd Fadzil bin Abu Kassim (Timbalan Pengarah Operasi JAWI), Dr. Muhamad Zakuwa bin Rodzali (Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pengurusan Masjid JAWI), Ustazah Sharidah Binti Zainal Abidin (KPPK JAWI Labuan) dan Us. Md Fadzli bin Md Saad (Pengurus MAIWP Labuan). Turut hadir ialah barisan pemimpin kampung dan surau, penduduk kampung juga pegawai dan kakitangan JAWI Labuan.
Selesai solat subuh para jemaah disajikan dengan tazkirah subuh yang disampaikan oleh Imam Masjid Kota Iskandar Johor iaitu Tuan Hj. Hanafiah Bin Abdul Razak. Diakhir program, YBhg. Datuk Pengarah telah berbesar hati menyempurnakan simbolik penyampaian sumbangan kit makanan keperluan asas juga sumbangan wang tunai kepada 5 orang asnaf yang terpilih. YBhg. Datuk Pengarah juga telah meluangkan masa menziarah dan menyerahkan sendiri sumbangan ke beberapa rumah penerima yang uzur.
Secara keseluruhan sebanyak RM10 ribu disumbangkan oleh JAWI melalui JAWI Food Bank yang melibatkan seramai 50 orang asnaf dari kalangan penduduk kampung sempena program tersebut.
SUMBER: JAWI LABUAN

Artikel/Berita Terkini

WANITA MENGAKU TAK SALAH SEDIA KHIDMAT KLINIK GIGI HARAM

Seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan iaitu menjalankan amalan pergigian dan menyediakan klinik …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

POLIS TEMBAK MATI 2 PENJENAYAH KES SAMUN, EDAR DADAH DI NILAI

Dua penjenayah bersenjata yang dipercayai terbabit dalam lebih 70 kes samun di tiga negeri mati ditembak polis di kawasan parkir …
Maklumat Lanjut