KELANTAN FOKUS ACARA SUKAN OLAHRAGA UNTUK SUKMA 2026

 

BACHOK – “Kelantan memberi fokus terhadap acara sukan olahraga sebagai persediaan untuk menghadapi kejohanan Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 selaku Kelantan sebagai penganjur.”
Demikian jawapan yang diberikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Sukan, Belia dan NGO negeri Kelantan YB Ustaz Wan Roslan Wan Hamat berkenaan persediaan atlet sukan dalam SUKMA 2026 nanti.
Beliau memaklumkan juga, jurulatih import dari negara Georgia telah pun diambil dan ditempatkan di Sekolah Menengah Putera khususnya untuk melatih atlet-atlet sukan Kelantan dalam acara olahraga.
“Selain itu, acara lain yang menjadi tumpuan ialah acara muey thai dan angkat berat,” katanya.
Menurut beliau juga antara yang menarik di Dun Jelawat ialah mempunyai litar cubcross yang pertama di negeri Kelantan yang terletak di Kampung Kubang Telaga.
Tambahnya, antara pencapaian lain yang diperolehi masyarakatnya ialah penghasilan pallet makanan ternakan lembu, penghasilan kerepek labu, perusahaan kebun bunga gantang dan barangan kraf beg batik Kelantan di bawah PPWK Jelawat yang mendapat sambutan ramai.
Beliau juga merancang untuk mencari tanah bagi petani mengusahakan tanaman pucuk paku sebagai inisiatif menggantikan bekalan sayur tersebut yang diimport dari negara jiran untuk memenuhi permintaan pelanggan.

Artikel/Berita Terkini

INISIATIF 1 RUMAH 1 JALUR GEMILANG

 Ayuh kibarkan Jalur Gemilang di rumah anda! Satu bendera, sejuta makna — simbol cinta & bangga pada tanah air tercinta  …
Maklumat Lanjut

KERAJAAN UTAMA KEPENTINGAN PERLUAS CAPAIAN DIGITAL

CENDERAMATA: Hajiji menerima cenderamata daripada Gobind semasa kunjungan hormat di pejabatnya di Menara Kinabalu hari ini. KOTA KINABALU: Kerajaan negeri …
Maklumat Lanjut

PELANCONGAN KEKAL TERAS PEMACU EKONOMI SABAH

RASMI: Christina yang mewakili Ketua Menteri memalu gong sebagai simbolik pelancaran ASEAN Travel Exchange (ATEX 2025) hari ini. KOTA KINABALU: …
Maklumat Lanjut