AKTIVITI PENGUATKUASAAN OLEH KPDNHEP JOHOR: OMNIPRESENT, PEMERIKSAAN STESEN MINYAK DAN PEMERIKSAAN ANTI RAKAMAN KAMERA

JOHOR BAHRU, 23 April 2022 – KPDNHEP Johor telah menjalankan aktiviti penguatkuasaan: Omnipresent, Pemeriksaan Stesen Minyak dan Pemeriksaan Anti Rakaman kamera di AEON Tebrau dan kawasan sekitarnya.

Hasil pemantauan/pemeriksaan:
A. Pemeriksaan Pasar Pagi
  • Menjual barangan harga terkawal mengikut harga kawalan.
  • Alat timbang yang digunakan masih dalam tempoh sah.
B. Omnipresent – Keberadaan Penguatkuasa
  • Pemeriksaan yang dibuat di premis sekitar mendapati premis-premis yang diperiksa mematuhi peraturan yang dikuatkuasakan oleh KPDNHEP dan melalui pemeriksaan ini telah menunjukkan keberadaan dan keprihatinan Penguatkuasa KPDNHEP dalam menguatkuasakan undang-undang serta mewujudkan suasana perdagangan yang seimbang.
C. Pemeriksaan Stesen Minyak
  • Semua kenderaan berdaftar Singapura yang diperiksa hanya mengisi minyak Ron97/Ron100
  • Terdapat sekurang-kurangnya seorang Pump Attendant di semua stesen yg diperiksa untuk pemantauan
  • Semua stesen minyak patuh akta yang dikuatkuasakan oleh KPDNHEP (tanda harga diletakkan, dispenser masih dalam tempoh penentusahan, lesen dipamerkan)
D. Pemeriksaan Anti Rakaman Kamera
  • Hasil daripada pemantauan mendapati tiada sebarang aktiviti merakam semasa tayangan filem berlangsung.
Untuk perkembangan terkini dari semasa ke semasa, ikuti FB MKN Johor di https://www.facebook.com/mknnegerijohor

 

 

Artikel/Berita Terkini

600 ANJING TERBIAR DITANGKAP SETAKAT MEI – MBS

Sebanyak 600 ekor anjing terbiar telah berjaya ditangkap oleh kontraktor yang dilantik Majlis Bandaraya Seremban (MBS) dalam tempoh lima bulan …
Maklumat Lanjut

PROGRAM SEKOLAH ANGKAT MADANI

 Inisiatif ini menghimpunkan tenaga Kerajaan MADANI, Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan, Syarikat Berkaitan Kerajaan dan sektor swasta.  Setiap organisasi yang mengambil …
Maklumat Lanjut

BELI RUMAH MAMPU MILIK BANTU ASNAF DI BAWAH RUMAH MAWADDAH

Kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) merancang pembelian rumah mampu milik untuk bantuan perumahan asnaf di bawah …
Maklumat Lanjut