KDYMM SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG DAN KDYMM SERI PADUKA BAGINDA RAJA PERMAISURI AGONG BERKENAN BERBUKA PUASA BERSAMA RAKYAT DI MASJID AL-AZIM, BUKIT PALAH, MELAKA

23 APRIL 2022, MELAKA – KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan berbuka puasa bersama kira-kira 1,600 rakyat di Masjid Al-Azim, Bukit Palah, Melaka.

Seri Paduka Baginda yang diiringi Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah tiba di masjid berkenaan kira-kira pukul 7 malam.

Turut mengiringi adalah TYT Yang Dipertua Negeri Tun Mohd Ali Mohd Rustam dan isteri Toh Puan Asmah Ab Rahman serta Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali dan isteri Datin Seri Munira M. Yusop.

Seri Paduka Baginda Berdua turut berkenan menunaikan solat Maghrib di masjid berkenaan sebelum berangkat pulang.

Sumber: Laman FB Istana Negara

Artikel/Berita Terkini

‘SAYA CINA TAPI NAMA MELAYU NUR FARHANA, NAMA INDIA PULA TAMANA’

Walaupun dilahirkan sebagai seorang berbangsa Cina, namun Exco Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian Negeri Sembilan, Nicole Tan Lee Koon, mempunyai nama …
Maklumat Lanjut

INISIATIF 1 RUMAH 1 JALUR GEMILANG

 Ayuh kibarkan Jalur Gemilang di rumah anda! Satu bendera, sejuta makna — simbol cinta & bangga pada tanah air tercinta  …
Maklumat Lanjut

KERAJAAN UTAMA KEPENTINGAN PERLUAS CAPAIAN DIGITAL

CENDERAMATA: Hajiji menerima cenderamata daripada Gobind semasa kunjungan hormat di pejabatnya di Menara Kinabalu hari ini. KOTA KINABALU: Kerajaan negeri …
Maklumat Lanjut