PROGRAM IFTAR PERDANA DAPUR IT’AM RAMADAN 1443H

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dengan kerjasama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) teah mengadakan Program Iftar Perdana Dapur It’am Ramadan 1443H pada 21 April 2022 di Dataran Helipad Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur.

Program tersebut adalah kesinambungan untuk siri-siri Dapur It’am yang terdahulu sehingga siri ke enam yang berakhir pada Mac 2022 yang lalu. Sehubungan itu JAWI dengan kerjasama MAIWP telah menggerakkan kembali Dapur It’am yang dilaksanakan khususnya di bulan Ramadan ini bagi membantu golongan sasar B40 yang tinggal di Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Projek Perumahan Awam (PPA) serta mereka yang bekerja sendiri dan terkesan dengan Pandemik COVID-19.

Program Iftar Perdana Dapur It’am ini adalah satu manifestasi usaha JAWI dan MAIWP dalam meraikan semua asnaf dan golongan sasar yang terlibat khususnya di bulan Ramadan 1443H ini. Seramai 200 orang asnaf telah disantuni dengan menerima bantuan keperluan asas dan sumbangan tunai daripada JAWI dan MAIWP melalui Tabung Musaadah JAWI.

Program ini dirasmikan oleh YBhg. Tan Sri Dr. Daud bin Bakar, Pengerusi MAIWP serta dihadiri oleh YBhg. Datuk Hj. Mohd Ajib bin Ismail, Pengarah JAWI bersama pegawai-pegawai kanan MAIWP dan JAWI.

Artikel/Berita Terkini

JURUTERBANG RUGI HAMPIR RM200,000 TERPEDAYA PAKEJ HAJI PALSU

Seorang juruterbang wanita di sebuah syarikat penerbangan mengalami kerugian hampir RM200,000 selepas terpedaya dengan tawaran pakej haji yang tidak wujud …
Maklumat Lanjut

STPM 2024: NEGERI SEMBILAN LEPASI PNGK KEBANGSAAN BUAT PERTAMA KALI

Negeri Sembilan mencipta sejarah tersendiri apabila buat pertama kali melepasi Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) Kebangsaan iaitu 2.85 bagi peperiksaan …
Maklumat Lanjut

600 ANJING TERBIAR DITANGKAP SETAKAT MEI – MBS

Sebanyak 600 ekor anjing terbiar telah berjaya ditangkap oleh kontraktor yang dilantik Majlis Bandaraya Seremban (MBS) dalam tempoh lima bulan …
Maklumat Lanjut