PECUT BOT BAWA LARI KETUM, UBAT BATUK

 

TUMPAT – Tindakan seorang penyeludup cuba melarikan diri dengan memecut bot muatan daun ketum dan ubat batuk bernilai RM11,940, gagal apabila ditahan oleh Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga di Sungai Mentua, Pengkalan Kubor, di sini pada Rabu.

Serbuan dilakukan menerusi Op Pensura pada jam 10 malam itu berjaya menahan seorang suspek lelaki yang berusia lingkungan 30-an.

Komander PPM Wilayah Tiga, Asisten Komisioner Norzaid Muhammad Said berkata, pasukan sebelum itu mengesan pergerakan sebuah bot enjin galah meluncur laju dari arah jambatan Pulau Ular menuju keluar dari Sungai Mentua di sini.

Ketika cuba menghampiri bot tersebut untuk pemeriksaan, tiba-tiba pemandunya bertindak memecut laju bot dan enggan berhenti walaupun pasukan memperkenalkan diri sebagai polis serta diberi arahan supaya berhenti.

Anggota bertindak mengejar bot itu sehingga sampai berhampiran kawasan di Kuala Sungai Mentua dan pemandu gagal mengawal bot itu menyebabkan terperosok dalam rimbunan pokok nipah.

Mengulas lanjut, pemeriksaan menjumpai bungkusan daun ketum dan dua kotak yang mengandungi botol berisi cecair ubat batuk yang dipercayai bertujuan seludup ke Thailand.

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut