PASAR AWAM SEBERANG JAYA DIPANTAU KPDNHEP PULAU PINANG

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-undang)

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Negeri Pulau Pinang telah mengadakan Ops Pantau & Pemeriksaan Pematuhan SOP (Fasa Peralihan Ke Endemik), Pemeriksaan Penentuan Harga Maksimum Ayam & Telur Ayam, Pemeriksaan Bekalan Test Kit Covid-19, Pemeriksaan Tanda Harga & Pemeriksaan Alat Timbang serta pemeriksaan dibawah akta-akta yang dikuatkuasakan di bawah kementerian pada 20 April 2022 di Pasar Awam Seberang Jaya dan kawasan sekitar.

Pemeriksaan dilakukan oleh 3 orang pegawai terhadap 44 premis perniagaan. Pemeriksaan mendapati tiada premis yang melakukan kesalahan dan tiada kes dihasilkan.

 

Sumber:

Laman Facebook KPDNHEP Pulau Pinang

Artikel/Berita Terkini

PENDUDUK BANTAH ‘PROJEK HARAM’ PUSAT PERLINDUNGAN ANJING LIAR

Sebuah pusat perlindungan anjing liar didakwa dibina secara haram oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di tanah rizab kerajaan di …
Maklumat Lanjut

PENIAGA RUGI RM677,000 DIPERDAYA SKIM PELABURAN TIDAK WUJUD

Seorang peniaga makanan sejuk beku di Nilai mengalami kerugian lebih RM677,000 selepas terpedaya dengan skim pelaburan perniagaan atas talian dipercayai …
Maklumat Lanjut

PROGRAM COMMUNITY BASED SECURITY MANAGEMENT (CBSM) BERSAMA IPD JELEBU

3 Julai 2025: Majlis Keselamatan Negara Negeri Sembilan mengambil inisiatif untuk melaksanakan program bersama Pegawai Kanan Polis dan Pegawai Rendah …
Maklumat Lanjut