OPERASI BERSEPADU KEMPEN HORMATI RAMADAN 2022M / 1443H

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-undang)

BUTTERWORTH, 21 APRIL 2022: Bahagian Penguatkuasaan, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) bersama Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) terus giat melaksanakan Operasi Bersepadu Kempen Hormati Ramadan 2022M/1443H. Menjelang minggu ketiga Kempen Hormati Ramadan, pemeriksaan ketidakpatuhan terhadap undang-undang dan peraturan sedia ada dikesan di beberapa premis makanan dan lokasi ‘panas’ golongan tidak berpuasa.

Pelaksanaan Kempen Hormati Ramadan sehingga 20 April 2020 mendapati statistik ketidakpatuhan yang telah direkodkan adalah 5 tangkapan, 49 notis, 7 kompaun dan 1 amaran keras atas pelbagai kesalahan.

Melalui kempen yang dilaksanakan, Bahagian Penguatkuasaan JHEAIPP mengharapkan kesedaran terhadap Kempen Hormati Ramadan sampai kepada masyarakat di samping merealisasikan ‘Khaira Ummah 2030’ sebagai teras pembangunan dan pemberdayaan umat Islam di negeri Pulau Pinang.

 

Sumber:

Laman Facebook Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …