MALAYSIA TERIMA 14,306 KUOTA JEMAAH HAJI TAHUN INI

Malaysia diberikan 14,306 kuota haji bagi tahun ini, iaitu 45% daripada kuota tahunan biasa kerana kerajaan Arab Saudi menetapkan hanya sejuta jemaah haji untuk musim ini berbanding 2.5 juta orang pada 2019.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad dalam pengumuman langsung menerusi Facebook berkata, semua negara lain turut diberikan kuota sama 45%.

Katanya, kuota 14,306 jemaah yang diterima Malaysia itu berkurangan daripada 31,600 jemaah yang dibenarkan pada 2019.

Beliau berkata, Arab Saudi turut menetapkan beberapa syarat, iaitu hanya jemaah haji berusia 65 tahun ke bawah, tiada penyakit kronik dan mempunyai sijil vaksinasi Covid-19 dibenarkan menunaikan Rukun Islam kelima itu tahun ini.

Selain itu, mereka perlu mengemukakan keputusan negatif ujian PCR dalam tempoh 72 jam sebelum berlepas.

“Ini (kuota jemaah haji 2022) sudah tentunya berikutan penilaian dan langkah berjaga-jaga demi memastikan kesihatan dan keselamatan semua jemaah haji dari seluruh dunia.

“Bagi pihak kerajaan Malaysia, saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada kerajaan Arab Saudi dengan jumlah kuota diberikan kepada jemaah haji Malaysia,” katanya.

Artikel/Berita Terkini

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut

PPSPM TAWAR PLATFORM IKLAN PADA BOT MELAKA RIVER CRUISE

Bandaraya Melaka – Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) semakin agresif dalam mempelbagaikan sumber pendapatannya termasuk menerusi tawaran ruang …
Maklumat Lanjut