MAJLIS BERBUKA PUASA, PENYERAHAN ZAKAT DAN SUMBANGAN BUNGKUSAN KUIH RAYA KEPADA PDRM, ATM, GGK OLEH YAB MENTERI BESAR JOHOR

JOHOR BAHRU, 21 April 2022 – Majlis Berbuka Puasa dan Penyerahan Zakat dari Syarikat-Syarikat Swasta dan Anak Syarikat Kerajaan Negeri Johor, Penyerahan Sumbangan dan Bungkusan Raya kepada PDRM, ATM, GGK dan Penyerahan Dividen FELCRA telah diadakan pada 20 April 2022 (Rabu) di Kediaman Rasmi Menteri Besar Johor.

Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Johor dengan kerjasama Kerajaan Negeri Johor telah menyerahkan sumbangan bungkusan raya kepada anggota Polis DiRaja Malaysia (PDRM Polis Johor) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang bertugas di negeri Johor. Selain itu, wang bantuan khas turut disampaikan kepada veteran dan balu-balu anggota PDRM dan ATM. Penyampaian ini telah disempurnakan oleh YAB Menteri Besar Johor, Dato’ Onn Hafiz yang telah menyerahkan sumbangan ini kepada Ketua Polis Johor, YDH CP Dato’ Kamarul Zaman Mamat bagi pihak anggota dan veteran PDRM serta Pegawai Memerintah Batalion Ke-6 Rejimen Renjer Diraja, YBHG Leftenen Kolonel Mohamad Fairus Md. Salleh yang mewakili anggota ATM Markas 7 Briged dan juga kepada Ketua Staff Am, Markas 21 GGK, YBHG Brigedier Jeneral Adi Ridzwan Abdullah yang mewakili anggota GGK.

Sumbangan ini merupakan antara acara tahunan yang diadakan dalam bulan Ramadan sebagai keprihatinan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Johor dalam menghargai jasa dan pengorbanan pegawai dan anggota PDRM dan ATM yang bertugas di negeri Johor sempena menyambut kedatangan bulan Syawal.

Semoga sambutan syawal pada tahun ini disambut meriah oleh semua #KeluargaMalaysia tetapi sentiasalah menjaga keselamatan kendiri bagi memastikan anda semua terhindar daripada wabak penyakit terutamanya Covid-19 yang akan sentiasa berada dalam persekitaran kita dalam jangka masa yang lama.

Untuk perkembangan terkini dari semasa ke semasa, ikuti FB MKN Johor di https://www.facebook.com/mknnegerijohor

Artikel/Berita Terkini

600 ANJING TERBIAR DITANGKAP SETAKAT MEI – MBS

Sebanyak 600 ekor anjing terbiar telah berjaya ditangkap oleh kontraktor yang dilantik Majlis Bandaraya Seremban (MBS) dalam tempoh lima bulan …
Maklumat Lanjut

PROGRAM SEKOLAH ANGKAT MADANI

 Inisiatif ini menghimpunkan tenaga Kerajaan MADANI, Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan, Syarikat Berkaitan Kerajaan dan sektor swasta.  Setiap organisasi yang mengambil …
Maklumat Lanjut

BELI RUMAH MAMPU MILIK BANTU ASNAF DI BAWAH RUMAH MAWADDAH

Kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) merancang pembelian rumah mampu milik untuk bantuan perumahan asnaf di bawah …
Maklumat Lanjut