KUANTAN, 21 APRIL 2022 – KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong berkenan berangkat menyempurnakan program memasak bubur lambuk di Istana Abdulaziz, Kuantan, Pahang semalam.
Program ini yang diadakan di perkarangan Istana Abdulaziz bermula pada jam 10.00 pagi turut melibatkan kakitangan istana. Sebanyak 2, 000 bungkusan bubur lambuk sentuhan air tangan Seri Paduka Baginda berdua akan diagihkan kepada Penjara Penor dan pengunjung yang datang berbuka puasa di padang Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) petang semalam.
Sumber: Laman FB Istana Negara