BANTUAN KHAS AIDILFITRI RM1,000 UNTUK PENJAWAT AWAM KELANTAN

 

KOTA BHARU – Kerajaan Kelantan mengumumkan pemberian bantuan khas kewangan Aidilfitri sebanyak RM1,000 kepada setiap penjawat awam di negeri itu bermula daripada gred 56 dan ke bawah.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, bantuan khas itu akan disalurkan sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Kerajaan negeri turut menyalurkan bantuan RM500 kepada Penghulu Mukim, Penghulu Tanpa Mukim Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN), Pegawai dan Guru Halaqat, Ahli Majlis, Penyelaras ICT DUN dan Penyelaras Armalah serta kepada setiap guru pondok di Kelantan.

Selain itu RM250 turut diberikan kepada guru Al-Quran, guru Fardu Ain dan Guru (Mudaribbah) Pusat Pembangunan Wanita Kelantan (PPWK),” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Ahmad turut memaklumkan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri bersetuju mengisytiharkan 5 Mei depan sebagai hari kelepasan Am (Cuti Peristiwa) bagi negeri Kelantan.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …