TINDAKAN KHAS PREMIS HIBURAN INGKAR ARAHAN PENUTUPAN KALI KEDUA

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah menjalankan tindakan khas serta susulan melibatkan 3 buah premis hiburan yang beroperasi melanggar syarat lesen di sekitar Jalan Telawi 2 Bangsar, Kuala Lumpur pada 15 April 2022 (Jumaat) yang lalu.

Dua (2) buah premis telah dikenakan tindakan penutupan (sealed) semula susulan daripada tindakan pada 10 April 2022 (Ahad) di bawah Seksyen 17, Akta Hiburan 1992. Laporan polis telah dibuat terhadap kedua-dua premis tersebut kerana ingkar terhadap arahan penutupan.

Manakala sebuah premis dikenakan tindakan penutupan (sealed) serta merta di bawah Seksyen 17, Akta Hiburan 1992 termasuk membuka 1 kertas siasatan di bawah Seksyen 4(1)(a) dan 4(1)(b) akta yang sama kerana mengadakan aktiviti hiburan (muzik) tanpa kebenaran.

Tindakan sita 3 peralatan berkaitan aktiviti hiburan turut dilakukan terhadap premis tersebut melibatkan pembesar suara, pengadun bunyi/audio dan alat kawalan konsol Disk Jockey. Kesemua peralatan berkaitan aktiviti hiburan yang telah disita akan dihantar ke Setor Sitaan DBKL di Jalan Lombong Taman Miharja, Cheras bagi tujuan rekod dan penyimpanan sementara.

Pemantauan dan tindakan penguatkuasaan seumpama ini akan diteruskan dari semasa ke semasa. Orang awam dimohon untuk memberikan kerjasama atau sebarang maklumat mengenai aktiviti ini kepada DBKL menerusi Sistem Pengaduan Awam Kuala Lumpur (ADU@KL) di pautan pantas https://adukl.dbkl.gov.my.

 

SUMBER: FB DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR https://www.facebook.com/dbkl2u

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut