WP LABUAN – Perbadanan Labuan (PL) melalui Jabatan Perkhidmatan Perbandaran (JPP) PL telah melaksanakan kerja-kerja pembersihan di kawasan rumah sampah Taman Mutiara kerana terdapat longgokan sampah yang dibuang pada tempat yang tidak sepatutnya. Kerja-kerja gotong royong membersihkan rumah sampah tersebut telah dilaksanakan pada 7 Mac 2022 lalu namun tidak sampai 2 bulan perkara yang sama telah berulang di mana terdapat pihak yang tidak bertanggungjawab membuang sampah sewenang-wenangnya.
Justeru, PL telah mengambil inisiatif menambahkan 2 biji lagi tong sampah berkapasiti tinggi (Roro Bin) khas untuk kegunaan penduduk Taman Mutiara sahaja bagi mengatasi masalah tersebut. Syarikat, kontraktor ataupun peniaga tidak dibenarkan membuang sampah di tong ini. Penduduk taman juga dimohon untuk mengamalkan gaya hidup sehat dan menjaga kebersihan persekitaran. Buanglah sampah di tong sampah yang telah disediakan. Amalkan kitar semula.


SUMBER: PERBADANAN LABUAN