“BARU TINGKATAN LIMA DAH PANDAI”

 

Bahagian Penguatkuasaan Undang-undang Syariah(BPUS) Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (JAHEAIK) bersama Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB)-BRI telah melakukan OPS LEMBAH SIREH di sekitar kawasan lembah sireh.
Kawasan ini menjadi tumpuan orang ramai sejak awal Ramadhan lalu, ramai pengunjung datang untuk berbuka puasa di tepi Sungai Kelantan. Pemeriksaan BPUS mendapati masih ada pengunjung kurang peka mengenai aurat.
BPUS juga terkejut ada pengunjung yang “baru tingkatan lima sudah pandai” datang bersama pasangan tanpa mahram datang untuk berbuka puasa disini. Seharusnya ibubapa berperanan mengambil tahu keberadaan anak-anak masing-masing, agak kurang manis apabila perkara ini berlaku dalam masyarakat kita.
BPUS juga mengucapkan tahniah kepada rata-rata pengunjung yang menjaga aurat dan tingkah laku masing-masing dan menjaga kemulian bulan ramadhan. Terima kasih juga kerana menerima baik kehadiran pihak kami semasa membuat pemantuan disana.
SEKIRANYA ADA SEBARANG MAKLUMAT SALURKAN SEKARANG:
HOTLINE : 09-7419102
WHATSAPP: 013-9193878

Artikel/Berita Terkini

WANITA MENGAKU TAK SALAH SEDIA KHIDMAT KLINIK GIGI HARAM

Seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan iaitu menjalankan amalan pergigian dan menyediakan klinik …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

POLIS TEMBAK MATI 2 PENJENAYAH KES SAMUN, EDAR DADAH DI NILAI

Dua penjenayah bersenjata yang dipercayai terbabit dalam lebih 70 kes samun di tiga negeri mati ditembak polis di kawasan parkir …
Maklumat Lanjut