3 PELAJAR TERENGGANU MENERIMA BIASISWA SKIM PELAJAR CEMERLANG KE LUAR NEGARA

KUALA TERENGGANU, 20 APRIL 2022 – Seramai tiga orang penerima biasiswa Skim Pelajar Cemerlang (SPC) peringkat Ijazah ke luar negara dan kumpulan mereka ini adalah merupakan penghantaran kali kedua ke Jepun di bawah skim SPC ini.
Ketiga-tiga penerima merupakan pelajar cemerlang lepasan SPM 2020 yang telah pun menamatkan Program Persediaan Jepun (Look East Policy (Japan) Programme) di Kolej INTEC Shah Alam dan dijadualkan berangkat ke Jepun pada 18 Mei 2022. Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada Saudara Muhammad Syarif bin Salzali yang berasal dari Pengkalan Berangan, Marang, Saudara Wan Muhammad Amirul bin Sofian Wan Ruhazlan yang berasal dari Chalok, Setiu dan Saudari Wan Nur Fazliyatul Adawiyyah Binti Wan Muhamed Fakry yang berasal dari Kerteh, Kemaman.
Sehingga kini, seramai 601 orang pelajar cemerlang anak Terengganu telah mendapat manfaat daripada Tabung Biasiswa Pelajar Cemerlang melalui Yayasan Terengganu yang telah ditubuhkan sejak tahun 2019.
Dalam Pelan Induk Terengganu Sejahtera (PITAS) 2030 juga, Kerajaan Negeri telah menggariskan salah satu fokus penting untuk membangunkan modal insan cemerlang anak Terengganu melalui penajaan pendidikan tinggi yang lebih dinamik serta menyeluruh bagi memastikan kelestarian pendidikan secara berterusan.
DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025
NILAI TERAS KEADILAN SOSIAL
AKSES PENDIDIKAN KEPADA SEMUA

Artikel/Berita Terkini

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut

PPSPM TAWAR PLATFORM IKLAN PADA BOT MELAKA RIVER CRUISE

Bandaraya Melaka – Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) semakin agresif dalam mempelbagaikan sumber pendapatannya termasuk menerusi tawaran ruang …
Maklumat Lanjut