17 RAMADAN 3 AGENSI RAIKAN 5 KELUARGA ASNAF

WP LABUAN – “Saya amat berterima kasih kepada RTM, MAIWP dan PPZ kerana sudi berkunjung ke rumah saya memberi sumbangan barangan keperluan dan wang tunai. Sumbangan ini serba sedikit dapat meringankan beban keluarga saya untuk membuat persiapan menyambut Aidilfitri” Puan Azliana Jasni, 39 tahun, Kampung Batu Arang.
Lima buah keluarga asnaf menjadi lokasi Program Jelajah Ramadan anjuran bersama Jabatan Penyiaran Labuan- RTM, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Labuan dan Pusat Pungutan Zakat (PPZ) Labuan. Antara lokasi yang menjadi pilihan, Kampung Patau- Patau Satu, Kampung Bebuloh Laut, Kampung Bukit Kuda dan Kampung Lajau.
Dalam program ini, Jabatan Penyiaran Labuan menyampaikan sumbangan wang tunai bernilai RM200 bagi setiap keluarga manakala MAIWP Labuan menyumbangkan barangan keperluan dapur beserta wang tunai RM100 bagi setiap keluarga. Program ini membawa sedikit kelainan daripada kebiasaan apabila semua keluarga asnaf diberikan kesempatan mendengar sedikit nasihat dan perkongsian daripada PU Yeob yang ditaja khas oleh PPZ- MAIWP.
Turut hadir menyertai program ini, Pengarah Jabatan Penyiaran Labuan, Puan Aminah Samsudin Mohd, Pengurus MAIWP Labuan, Us. Md Fadzli Md Saad, pegawai daripada PPZ- MAIWP, para pegawai dan kakitangan terlibat serta para penyampai radio Labuan FM.
SUMBER: MAIWP LABUAN

Artikel/Berita Terkini

JURUTERBANG RUGI HAMPIR RM200,000 TERPEDAYA PAKEJ HAJI PALSU

Seorang juruterbang wanita di sebuah syarikat penerbangan mengalami kerugian hampir RM200,000 selepas terpedaya dengan tawaran pakej haji yang tidak wujud …
Maklumat Lanjut

STPM 2024: NEGERI SEMBILAN LEPASI PNGK KEBANGSAAN BUAT PERTAMA KALI

Negeri Sembilan mencipta sejarah tersendiri apabila buat pertama kali melepasi Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) Kebangsaan iaitu 2.85 bagi peperiksaan …
Maklumat Lanjut

600 ANJING TERBIAR DITANGKAP SETAKAT MEI – MBS

Sebanyak 600 ekor anjing terbiar telah berjaya ditangkap oleh kontraktor yang dilantik Majlis Bandaraya Seremban (MBS) dalam tempoh lima bulan …
Maklumat Lanjut