PROGRAM KESEDARAN AWAM, PENGEDARAN BIHUN SUP DAGING DAN KEMPEN HARGAI MAKANAN ELAK PEMBAZIRAN (VALUE FOOD NO WASTE) DI PPR BERSEPADU SENAWANG

   

SWCorp Negeri Sembilan melalui Petugas Komuniti Sifar Sisa (KOSIS) bersama-sama Ahli Jawatan kuasa Kawasan Rukun Tetangga (KRT) telah melakukan Program Kesedaran Awam di kawasan kejiranan PPR Bersepadu Senawang bersempena bulan Ramadan.

Program pengedaran bihun sup daging yang dilakukan secara pandu lalu kepada penduduk setempat ini turut disertakan dengan kempen kesedaran awam dengan edaran risalah kepada penduduk di mana penekanan terhadap sifat menghargai makanan dan elakkan pembaziran (Value Food No Waste) oleh pihak SWCorp.

Selain itu, pemakluman berkenaan amalan Kitar semula supaya penduduk melakukan penghantaran barang kitar semula ke pusat KOSIS turut dijalankan oleh petugas KOSIS bagi mendidik masyarakat sekitar tentang kepentingan kitar semula dan konsep sampah menjadi wang.

Sumber : FB SWCorp Negeri Sembilan

Artikel/Berita Terkini

WANITA MENGAKU TAK SALAH SEDIA KHIDMAT KLINIK GIGI HARAM

Seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan iaitu menjalankan amalan pergigian dan menyediakan klinik …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

POLIS TEMBAK MATI 2 PENJENAYAH KES SAMUN, EDAR DADAH DI NILAI

Dua penjenayah bersenjata yang dipercayai terbabit dalam lebih 70 kes samun di tiga negeri mati ditembak polis di kawasan parkir …
Maklumat Lanjut