PENGUATKUASAAN LEBIH MUATAN DAN PELBAGAI KESALAHAN KENDERAAN PERKHIDMATAN BARANGAN (KPB) OLEH JPJ PULAU PINANG

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-undang)

SEBERANG JAYA,16 APRIL 2022 – JPJ Negeri Pulau Pinang telah mengadakan penguatkuasaan lebih muatan dan pelbagai kesalahan kenderaan perkhidmatan barangan (KPB). Penguatkuasaan secara berfokus dan berterusan adalah untuk memastikan pemandu dan pengusaha KPB yang beroperasi di negeri ini mematuhi peraturan dan undang-undang yang berkuatkuasa. Penguatkuasaan ini diadakan secara menyeluruh di sekitar daerah di negeri Pulau Pinang juga untuk memastikan keselesaan dan keselamatan untuk pengguna jalan raya yang lain.

Sepanjang Penguatkuasan yang telah dilaksanakan pada minggu ini, disamping kesalahan membawa lebih muatan melebihi had dibenarkan, pelbagai kesalahan teknikal seperti ubahsuai kenderaan tanpa kebenaran, tayar haus berlebihan, lampu brek dan isyarat tidak berfungsi, cermin gelap tidak mengikut spesifikasi dibenarkan, pasang β€˜strobe light’, tiada lesen memandu dan Lesen Memandu Kenderaan Perkhidmatan Barangan (GDL), Lesen Kenderaan Motor (LKM) serta lnsurans tamat tempoh dan disk puspakom tamat tempoh juga telah diambil tindakan.

Penguatkuasaan secara berfokus dan berterusan terhadap KPB akan terus dilaksanakan secara telus bagi memastikan pemandu dan pengusaha KPB mematuhi peraturan dan undang-undang yang telah berkuatkuasa serta memastikan kenderaan yang digunakan selamat dijalan raya serta dapat mengurangkan kadar kemalangan membabitkan KPB di Negeri ini.

 

Sumber:

Laman Facebook JPJ Pulau Pinang

Artikel/Berita Terkini

WANITA MENGAKU TAK SALAH SEDIA KHIDMAT KLINIK GIGI HARAM

Seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan iaitu menjalankan amalan pergigian dan menyediakan klinik …
Maklumat Lanjut

POLIS TEMBAK MATI 2 PENJENAYAH KES SAMUN, EDAR DADAH DI NILAI

Dua penjenayah bersenjata yang dipercayai terbabit dalam lebih 70 kes samun di tiga negeri mati ditembak polis di kawasan parkir …
Maklumat Lanjut