PEMANTAUAN BAZAR AIDILFITRI DALAM KAWASAN OLEH MAJLIS BANDARAYA SEREMBAN

   
Tarikh : 15 April 2022 @ Jumaat
Masa : 9.00 Malam – 11.30 Malam
Lokasi : Dataran Senawang Tapak 1
Tujuan :
  • Memastikan penganjur bazar aidilfitri mematuhi syarat-syarat penganjuran bazar aidilfitri yang ditetapkan oleh MBS
Hasil Pemeriksaan :-
1. Penganjur telah menyediakan imbasan QR Code MySejahtera.
2. Setiap penganjur menyediakan 2 anggota RELA untuk mengawal kemasukan pengunjung
3. Sebanyak 30 peniaga yang telah berlesen dengan Majlis
Ulasan :
1. Peniaga telah dinasihatkan supaya mematuhi SOP yang telah ditetapkan. Kegagalan pematuhan SOP
boleh diambil tindakan di bawah Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit 1988 (Akta 342).
2. Beberapa peniaga telah ditegur untuk memastikan tiada halangan di hadapan khemah.
3. Sebanyak 15 Notis telah diserahkan kepada peniaga.
Antara kesalahan adalah :
i ) Menjalankan perniagaan tanpa lesen.
ii) Pengendali Makanan tidak memakai apron, penutup kepala dan kasut sewaktu menjalankan perniagaan
iii) Pengendali Makanan tidak mendapat suntikan Anti Typhoid dan Kursus Pengandali Makanan.
iv) Pelesen tidak menghadirkan diri di gerai.
4. Sebanyak dua (2) kompaun telah diserahkan kepada peniaga atas kesalahan Menjalankan Perniagaan
menjual bunga api tanpa lesen yang sah daripada MBS.
   
Sumber : FB Majlis Bandaraya Seremban

Artikel/Berita Terkini

WANITA MENGAKU TAK SALAH SEDIA KHIDMAT KLINIK GIGI HARAM

Seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan iaitu menjalankan amalan pergigian dan menyediakan klinik …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

POLIS TEMBAK MATI 2 PENJENAYAH KES SAMUN, EDAR DADAH DI NILAI

Dua penjenayah bersenjata yang dipercayai terbabit dalam lebih 70 kes samun di tiga negeri mati ditembak polis di kawasan parkir …
Maklumat Lanjut