MELANGGAR LAMPU ISYARAT MERAH BOLEH MEMBAWA MAUT

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-undang)

Melanggar lampu isyarat merah merupakan kesalahan utama atau sering dilakukan oleh penunggang P-Hailing dan boleh menyebabkan kemalangan jalan raya hingga meragut nyawa.

Kesalahan melanggar lampu isyarat merah boleh dikenakan denda kompaun sehingga RM 300 di bawah Kaedah 17 dalam Kaedah-Kaedah Isyarat Lalu Lintas (LN 167/1959).

Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Polis DiRaja Malaysia (PDRM)  memandang serius kesalahan ini dan operasi lampu isyarat merah akan dijalankan secara berterusan. Pengguna jalan raya diingatkan sentiasa mematuhi undang-undang dan peraturan jalan raya bagi mengelakkan tindakan diambil dan menjaga keselamatan diri serta pengguna jalan raya yang lain.

 

Sumber:

Laman Facebook Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik PDRM

Artikel/Berita Terkini

PENDUDUK BANTAH ‘PROJEK HARAM’ PUSAT PERLINDUNGAN ANJING LIAR

Sebuah pusat perlindungan anjing liar didakwa dibina secara haram oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di tanah rizab kerajaan di …
Maklumat Lanjut

PENIAGA RUGI RM677,000 DIPERDAYA SKIM PELABURAN TIDAK WUJUD

Seorang peniaga makanan sejuk beku di Nilai mengalami kerugian lebih RM677,000 selepas terpedaya dengan skim pelaburan perniagaan atas talian dipercayai …
Maklumat Lanjut

PROGRAM COMMUNITY BASED SECURITY MANAGEMENT (CBSM) BERSAMA IPD JELEBU

3 Julai 2025: Majlis Keselamatan Negara Negeri Sembilan mengambil inisiatif untuk melaksanakan program bersama Pegawai Kanan Polis dan Pegawai Rendah …
Maklumat Lanjut