MAJLIS RAMAH MESRA KPPBSM BERSAMA SKIM SOKONGAN (S) NEGERI SEMBILAN

   

Pada bulan Ramadan yang mulia ini, Ahli Majlis Kerja dan Penggerak Kesatuan Penolong Pegawai dan Pembantu Belia dan Sukan Semenanjung Malaysia (KPPPBSSM) telah mengambil peluang dengan mengadakan majlis ramah mesra bersama Pegawai dan Kakitangan Skim Sokongan (S) di Negeri Sembilan.

Majlis ringkas ini bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara AMK dan Penggerak Kesatuan bersama Pegawai dan Kakitangan Skim Sokongan (S). Dalam majlis yang sama En . Mohd Abd Karim Khan bin Mansoor Ahmad Khan, Yang Dipertua Kesatuan, KPPPBSSM turut mengambil peluang untuk menyampaikan amanat dan juga sesi perbincangan dua hala dalam memperjuangkan kebajikan, memperkasa perpaduan dan melestarikan Skim S.

Memetik ucapan aluan En. Zul Fadhli bin Abd Aziz Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan, beliau ada menyebut “ambil la peluang ini untuk menyuarakan idea dan penambahbaikan dalam Skim S agar hak dan kebajikan dapat diperjuangkan”.

Majlis ramah mesra ini turut di sertai oleh Pegawai dan Kakitangan Skim Sokongan (S) di Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan, Pejabat Belia dan Sukan Daerah, Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Chembong dan Kader (S) di Akademi Imigresen Malaysia Port Dickson.

Semoga KPPPBSSM ini terus maju dalam memperjuangkan kebajikan, memperkasa perpaduan dan melestarikan Skim S.

   

Sumber : FB JBS Negeri Sembilan

Artikel/Berita Terkini

WANITA MENGAKU TAK SALAH SEDIA KHIDMAT KLINIK GIGI HARAM

Seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan iaitu menjalankan amalan pergigian dan menyediakan klinik …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

POLIS TEMBAK MATI 2 PENJENAYAH KES SAMUN, EDAR DADAH DI NILAI

Dua penjenayah bersenjata yang dipercayai terbabit dalam lebih 70 kes samun di tiga negeri mati ditembak polis di kawasan parkir …
Maklumat Lanjut