GUDANG SIMPAN BAHAN KIMIA DI LABUAN TERBAKAR

WP LABUAN – Sebuah gudang bahan kimia yang menyimpan bahan berbahaya di Jalan Rangu, Kampung Rangu di sini musnah dalam kebakaran petang Ahad, sehingga menyebabkan asap tebal kelihatan dari jarak kira-kira 10 kilometer.

Penduduk di kampung berhampiran dilaporkan terdengar bunyi letupan kuat ketika asap memenuhi awan di kawasan itu selama beberapa jam.

Pada kejadian 2.30 petang itu, tiada kemalangan jiwa dilaporkan bagaimanapun gudang yang digunakan untuk menyimpan bahan kimia berbahaya berkaitan minyak dan gas itu, musnah sepenuhnya.

Sekurang-kurangnya 36 anggota bomba dari Balai Polis Rancha-Rancha, Layangan, Labuan Sentral dan ibu pejabat bergegas ke tempat kejadian.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Labuan, Ismaidi Ismail berkata, kebakaran itu disedari oleh seorang pekerja gudang yang memaklumkan kepada pihak berkuasa beberapa minit selepas kejadian.

“Sebaik anggota bomba tiba, kelihatan asap tebal yang menunjukkan api sudah lama merebak.

“Mereka berjaya mengawal api daripada terus merebak ke gudang lain yang menyimpan bahan kimia industri dalam tempoh satu setengah jam,” katanya kepada Bernama.

Penduduk kampung juga menyaksikan terdapat bahan kimia tumpah di atas jalan berikutan kebakaran itu dan anggota bomba juga dilihat membersihkan jalan yang terjejas.

SUMBER: BERNAMA

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut