COMBI PULAU PINANG: HAPUS AEDES CEGAH DENGGI

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Pengukuhan Kesihatan Minda dan Ketahanan Rakyat)

COMBI Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang telah menjayakan program pengedaran risalah, penerangan bahaya denggi serta menggalakan pembersihan kendiri setiap minggu di Bazar Ramadan Taman Pauh Indah pada 17 April 2022 yang lepas.

Program yang berlangsung pada 5.00 petang – 6.30 petang menyasarkan 300 orang dengana kekuatan ahli COMBI seramai 3 orang.

Ahli COMBI (Communication for Behavioural Impact) mengedarkan risalah serta memberikan penerangan untuk meningkatkan pengetahuan dan kesedaran bahaya Denggi sekaligus menyeru komuniti supaya mengamalkan pembersihan kendiri di dalam dan di luar rumah masing-masing dengan peruntukan masa selama 10 minit setiap minggu untuk menghapuskan tempat-tempat pembiakan nyamuk Aedes. Hapus Aedes Cegah Denggi.

 

Sumber:

Laman Facebook COMBI Negeri Pulau Pinang

Artikel/Berita Terkini

BINA BENTENG ATASI BANJIR BERULANG DI KAMPUNG BELIMBING DALAM

Durian Tunggal – Masalah banjir kerap melanda Kampung Belimbing Dalam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut